Tahukah anda, anda boleh belajar pemasaran digital secara percuma?
Siapa yang ajar ? Malaysia Digital Academy
Belajar macam mana ? Secara atas talian
Malaysia Digital Academy adalah inisiatif kerajaan melalui MDEC ( Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd ) dalam membangunkan usahawan masa kini bersama dalam arus ekonomi digital yang berkembang pesat. Malaysia Digital Academy berjaya diwujudkan atas sokongan dan usahasama pelbagai rakan kongsi, penyedia perkhidmatan dan jurulatih.
Antara modul yang anda boleh anda belajar adalah:
- Chapter 1 – World of Digital Business
- Chapter 2 – Ways to Improve Sale Through Facebook
- Chapter 3 – Ways to Increase Sale Through Instagram
- Chapter 4 – Methods to Increase Sales through Whatsapp
- Chapter 5 – Effective Marketing through Email
- Chapter 6 – Learning the Basics of a Website
- Chapter 7 – Understanding the Basics of SEO
Kebanyakan modul adalah dalam bahasa melayu dan berbentuk video yang ringkas dan mudah difahami, bab demi bab. Anda boleh akses bila-bila masa sahaja yang anda mahu.
Terdapat juga video pembentangan dari syarikat-syarikat besar utama yang terlibat dalam DFTZ ( Digital Free Trade Zone ) seperti:
- Watson
- Lazada
- Ebay
- eRomman
- Aramex
- DHL
Semua pembentangan tersebut boleh ditonton oleh anda secara percuma.
Ada juga terdapat point yang anda boleh kumpul apabila menyiapkan setiap tugas-tugas yang diberikan. Point tersebut boleh ditukat dengan pelbagai tawaran dari penyedia perkhidmatan untuk digital bisnes.
Antara syarikat yang memberikan hadiah di MDA ialah:
- 2C2P
- iPay88
- MOLPay
- eGHL
- easyStudio
Apa tunggu lagi, jom ke Malaysia Digital Academy dan terus daftar untuk belajar secara percuma.
Recent Comments