fbpx

Online Payment Gateway ataupun dalam bahasa malaysia; Gerbang Pembayaran dalam talian, adalah sistem yang digunakan untuk menerima pembayaran secara atas talian daripada pelanggan secara automatik.

2 jenis pembayaran yang biasa digunakan adalah FPX ( Financial Process Exchange ) dan Kad Kredit.

FPX boleh menerima pembayaran dari hampir semua bank tempatan di Malaysia seperti  Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, RHB, Hong Leong Bank, Bank Muamalat, Public Bank, Alliance Bank, Affin Bank, AmBank, Bank Rakyat, UOB dan Standard Chartered.

Kad Kredit pula biasanya untuk menerima pembayaran VISA dan MASTERCARD. 2 jenis kad kredit tersebut diterima oleh kebanyakan syarikat payment gateway.

payment_channels

Antara syarikat yang menyediakan online payment gateway di malaysia adalah:

  • eGHL
  • MOLPay
  • Billplz
  • ipay88
  • Senangpay
  • Paypal
  • 2C2P
  • Maybank2u PAY
  • QlicknPay

Setiap syarikat penyedia mengenakan caj yang berlainan berdasarkan model bisnes mereka. Anda boleh membuat perbandingan diantara syarikat terbabit, yang mana memberikan pakej yang paling menguntungkan anda berdasarkan bisnes anda.

Setiap peniaga mempunyai model bisnes masing-masing. Tidak ada pakej yang termurah atau termahal, terpulang kepada masing-masing mengira kos transaksi yang dibuat.

paymentgateway

Anda boleh lihat secara detail perbandingan yang dibuat di webShaper .

Kepada peniaga yang baru di peringkat permulaan dalam perniagaan online yang mahu menggunakan online payment gateway, anda boleh menggunakan perkhidmatan Billplz.

Billplz menawarkan pendaftaran percuma, tiada yuran tahunan dan caj yang dikenakan agak rendah untuk syarikat yang baru diperingkat permulaan.

Jika anda sukar untuk membuat pendaftaran di Billplz, kami boleh bantu anda untuk daftarkan.

 

QlicknPay adalah satu lagi Payment Gateway Provider yang menawarkan perkhidmatan dengan caj yang kompetitif di pasaran buat masa sekarang.

Sesuai untuk StartUp, perniagaan kecil & sederhana (SME) dan perniagaan berskala besar.

Dengan sistem yang FPX, Visa & Mastercard, Paypal, dan Ewallet, QlicknPay menawarkan tiga (3) pakej yang menarik untuk pengguna.

Pelan “Pay Per Use” untuk pengguna yang mempunyai jumlah transaksi rendah cukup menarik kerana tidak mempunyai caj bulanan.

Bagi pelan Gold & Platinum, harga caj per transaksi yang ditawarkan cukup rendah, hanya RM1.00 dan RM0.70 dengan caj bulanan yang agak kompetitif dan berbaloi untuk pengguna yang mempunyai jumlah transaksi yang tinggi melebihi 1000 transaksi sebulan.

Dari segi sistem yang disediakan, antaramuka QlicknPay senang untuk difahami dan sistemnya menyokong integrasi dengan kebanyakan platform CMS yang utama seperti Open Cart, PrestaShop, WooCommerce, ECWID dan Drupal dengan cukup mudah.

Anda boleh lawati laman web mereka untuk membuat pendaftaran di https://qlicknpay.com/

1
Ada Pertanyaan?
Hi !
Boleh saya bantu anda?
Powered by