fbpx

Cpanel adalah salah satu jenis antaramuka untuk mengawal sesebuah hosting laman web. Jika anda membeli hosting untuk membuat laman web, anda akan diberikan satu link untuk daftar masuk. Anda akan dapati pelbagai ikon terdapat didalam Cpanel tersebut.

Antara fungsi di Cpanel adalah untuk:

  1. Memasukkan file kedalam ruang simpanan data. ( storage )
  2. Membuat pemasangan laman web tersedia seperti wordpress, drupal, joomla dan sebagainya.
  3. Membuat database seperti MySQL.

Biasanya anda hanya gunakan Cpanel ketika permulaan pembangunan laman web. Selepas selesai kerja-kerja pembinaan asas laman web, anda sudah tidak perlu menggunakan Cpanel.

Terdapat fungsi didalam Cpanal dipanggi Softaculous yang biasanya disediakan oleh penyedia perkhidmatan hosting. Softaculous digunakan untuk memasang laman web secara automatik, pengguna tidak perlu membuat pemasangan secara manual. Hanya perlukan 1 minit untuk memasang setiap laman web, berbanding 30 minit jika secara manual.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, sila kongsikan disini. Kami akan cuba berkongsi kepakaran kami dengan anda untuk membantu anda dan pelawat lain. Terima kasih.

~ Falah Digital

1
Ada Pertanyaan?
Hi !
Boleh saya bantu anda?
Powered by