fbpx

5 Kelebihan Miliki Laman Web Perniagaan

Adakah anda menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang dijalankan dari rumah atau mempunyai premis?

Kedai farmasi, kedai printing banner atau kad perkahwinan ?

Perkhidmatan cuci dari rumah ke rumah ?

Kedai runcit, restoren, dobi atau kedai perkakasan ?

 

Apakah kesan terhadap perniagaan anda jika anda mempunyai laman web ?

Adakah berbaloi mengeluarkan modal untuk membina laman web perniagaan anda ?

 

1. Kredibiliti perniagaan

Perniagaan yang mempunyai laman web mempunyai kredibiliti sebagai sebuah perniagaan yang dipercayai dan diyakini. Dengan segala maklumat perniagaan yang tertera di sesebuah laman web seperti sijil perniagaan ssm, pelanggan anda tidak akan ragu untuk berurusan dengan anda.

2. Akses Engin Carian

Laman web menjadi agen akses carian di engin carian seperti google, yahoo, bing dan lain-lain. Mengikut statistik, lebih 50% orang akan menggunakan engin carian untuk mendapatkan perkhidmatan di sekitar mereka. Jika dibandingkan dengan laman sosial seperti facebook, instagram atau twitter, laman web mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi untuk muncul di engin carian seperti google.

3. Akses Maklumat

Segala maklumat tentang perniagaan anda boleh diakses oleh bakal pelanggan anda 24 jam sehari tanpa mereka menunggu maklumbalas sms anda hanya di hujung jari. Lokasi kedai / perniagaan anda, waktu operasi, perkhidmatan utama dan tambahan yang disediakan, barangan atau produk yang dibekalkan kepada pelanggan dan termasuklah harga setiap barangan yang anda jual.

4. Kedai 24 Jam

Laman web perniagaan juga mampu menjadi kedai 24 jam anda. Walaupun kedai fizikal anda telah tutup jam 5 petang, tetapi pelanggan anda masih boleh akses laman web anda sewaktu anda telah tidur. Dengan sistem kedai online, barangan anda masih boleh dijual walaupun pukul 2 pagi.

5. Penjenamaan

Laman web perniagaan juga adalah sebagai jenama perniagaan anda. Memiliki sebuah nama domain seperti .com / .my / .net dan lain-lain adalah proses penjenamaan untuk jangka masa panjang. Percayalah, sesebuah perniagaan atau kedai yang mempunyai kredibiliti lebih diyakini dan senang untuk pelanggan pergi walaupun jauh berbanding kedai yang dekat, tetapi kurang penjenamaannya.

Branding

 

Jika anda rasa perkongsian kami di falah digital bermanfaat, sudilah kiranya untuk berkongsi dengan orang lain yang mungkin memerlukan. Terima kasih.

1
Ada Pertanyaan?
Hi !
Boleh saya bantu anda?
Powered by