fbpx

Kenapa anda perlu mepunyai laman web ?

Jika anda ingin berniaga nasi lemak, anda perlukan tempat dan meja. Jika anda ingin berniaga baju, anda perlukan tapak di pasar malam, uptown atau sebuah kedai.

Begitu juga jika anda ingin berniaga di alam maya, anda perlukan tapak berniaga di alam maya. Jadi, laman web adalah keperluan anda untuk berniaga seperti kedai.

Ada yang bertanya, apa beza facebook page, blogspot dan instashop dengan website ?

Website adalah hak milik anda sampai bila-bila selagi anda membayar yuran tahunannya, berbanding facebook, blogspot atau instagram, itu adalah hak milik mereka. Mereka boleh ubah rekabentuk dan sistem mereka bila-bila masa. Kita terpaksa mengikut apa yang diubah oleh mereka.

Jika kita memiliki laman web, kita mempunyai kuasa penuh untuk jadikan laman web kita bagaimana rekabentuknya dan fungsi-fungsi lain bergantung kepada keperluan.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, sila kongsikan disini. Kami akan cuba berkongsi kepakaran kami dengan anda untuk membantu anda dan pelawat lain. Terima kasih.

~ Falah Digital

1
Ada Pertanyaan?
Hi !
Boleh saya bantu anda?
Powered by